Doa mudah bayar hutang – Al’Imran ayat 26, 27
By sulaiman
Baca mulai dari
“Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai
Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut
kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang
memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa
yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan
waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke
dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari
benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu
yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau
kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar